Tentera tak mampu dibendung lagi - Utusan Malaysia

Tentera tak mampu dibendung lagi

BIARPUN mampu dinobatkan sebagai juara Liga Premier, STL 2021/2022 lebih awal, namun beraksi di Spice Arena, Pulau Pinang minggu ini membuatkan ATM Guardians sedikit 'gusar'.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Memenangi kesemua tujuh perlawanan musim ini meletakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM Guardians) dalam kelas tersendiri.

Guardians nyata tidak mampu dibendung lagi selepas menumpaskan pesaing terdekatnya, Penang Black Panthers 2-0 dalam saingan paling mencuri tumpuan pada minggu keempat Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 sebentar tadi.

Memulakan musim baharu dengan reputasi sebagai naib juara Premier musim lalu, ATM kini adalah calon untuk merampas kejuaraan kali ini selepas menang straight-set 21-17, 22-20.

Kemenangan itu membolehkan mereka mengukuhkan cengkaman pendahulu liga, sekali gus meninggalkan skuad Harimau Kumbang dengan empat mata.

APIT kanan ATM Guardians, Afifuddin Mohd. Razali (tiga, kanan) melakukan libasan ketika menentang Penang Black Panthers. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Skuad bimbingan Aswadi Abdullah itu menguasai perlawanan set pertama apabila mudah melakukan pertahanan dan serangan dengan baik.

Biarpun ada tentangan cuba diberikan Penang Black Panthers di set kedua, namun  barisan berpengalaman ATM langsung tidak memberi peluang untuk permainan diheret ke set ketiga apabila menang tipis 22-20.

Lawan yang bakal ditentang esok, Selangor Pistons kini pasti ‘kecut perut’ memikirkan kekebalan skuad Tentera yang jelas sukar dibendung ketika ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya