Tentera nyaris jadi 'mangsa' Bomba - Utusan Malaysia

Tentera nyaris jadi ‘mangsa’ Bomba

APIT kanan ATM Guardians, Afifuddin Mohd. Razali (kanan) melakukan libasan ketika menentang Bomba Fighters dalam STL 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Turun sebagai pasukan pilihan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Guardians bagaimanapun diberi tentangan hebat oleh pendatang baharu Premier, Bomba Fighters sebelum menang tipis 2-1 dalam saingan Anuar Emas Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

Tidak kalah dalam lima perlawanan terdahulu, Guardians dikejutkan dengan kekalahan 19-21 di set pembukaan, malah turut diberi tentangan hebat dalam dua set berikutnya.

Pada set kedua, anak-anak buah Aswadi Abdullah turut bermula goyah, malah naib juara Premier musim lalu itu di ambang kekalahan pertama musim ini apabila ketinggalan 14-18 sebelum bangkit pada hujung permainan untuk mencipta kemenangan 21-18.

Perlawanan terus berlangsung sengit dalam set ketiga apabila kedua-dua pasukan saling mengejar mata sehingga terikat 15-15 sebelum ATM mengorak langkah untuk menutup permainan 21-17.

Kemenangan itu membolehkan Guardians mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu STL 2021/2022, malah melakar kemenangan keenam berturut-turut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya