‘Skuad Dell’ akan mulakan siasatan punca kegagalan Harimau Malaya - Utusan Malaysia

‘Skuad Dell’ akan mulakan siasatan punca kegagalan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Dell Akbar Khan sudah menerima laporan penuh prestasi Harimau Malaya dalam Piala AFF 2020 di Singapura bulan lalu, malah telah melantik anggota pasukan Badan Siasatan Bebas Pasukan Kebangsaan yang sedia melakukan bedah siasat.

Difahamkan, bekas kapten Harimau Malaya, wartawan veteran dan pegawai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) antara yang menganggotai badan tersebut, yang akan memulakan tugas mencari punca kegagalan skuad kebangsaan untuk tindakan lanjut oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Jumaat lalu, FAM melantik bekas pemain kebangsaan dan bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Dell mengetuai badan bebas tersebut, yang mana beliau diberi mandat melantik individu lain yang pernah memegang jawatan dalam bola sepak, termasuk bekas pemain serta jurulatih.

DELL AKBAR KHAN

“Saya sudah terima laporan pengurusan pasukan kebangsaan dan laporan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe daripada Setiausaha Agung FAM.

“Saya juga sudah mengenal pasti anggota badan bebas ini dan surat pelantikan sudah dikeluarkan oleh FAM.

“Badan bebas ini akan bersidang secepat mungkin memandangkan isu ini menuntut kesegeraan,” kata Dell ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Dalam kempen Piala AFF 2020 itu, skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe berjaya mencatat dua kemenangan awal ke atas Kemboja 3-1 dan Laos 4-0.

Bagaimanapun mereka tewas baki dua perlawanan Kumpulan B selepas itu kepada Vietnam 3-0 dan Indonesia 4-1, sekali gus gagal melangkah ke separuh akhir.

Aksi longlai itu, membawa kepada peletakan jawatan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih, minggu lalu meskipun misi utamanya sebelum ini adalah membentuk skuad terbaik menghadapi kelayakan Piala Asia 2023, Jun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya