YAOUNDE, Cameroon: Senegal meneruskan misi memburu kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) buat kali pertama selepas mara ke separuh akhir dengan menumpaskan Equatorial Guinea 3-1 pagi tadi.
Umpanan Sadio Mane membantu Famara Diedhiou membuka jaringan Senegal pada minit ke-28, namun Equatorial Guinea bangkit menyamakan kedudukan menerusi Jannick Buyla di minit ke-57.
Pemain gantian, Cheikhou Kouyate dan Ismaila Sarr masing-masing menemui gawang bagi mengesahkan kemaraan Senegal dan akan bertemu Burkina Faso di Stadium Ahmadou Ahidjo dekat ibu kota Cameroon, Rabu ini.
Senegal, pasukan teratas dalam ranking Afrika masih di landasan untuk merangkul kejuaraan Euro buat kali pertama, tiga tahun selepas kalah kepada Algeria dalam final di Mesir.
Mane diberikan kebenaran untuk bermain selepas terbabit dalam insiden pelanggaran ketika Senegal menang 2-0 mengatasi Cape Verde sebelum ini. – AFP