Selepas buat Djokovic 'menangis', Nadal kini sasaran Medvedev - Utusan Malaysia

Selepas buat Djokovic ‘menangis’, Nadal kini sasaran Medvedev

DANIIL Medvedev (kiri) dan Rafael Nadal akan membuat perhitungan dalam final Terbuka Australia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Pada Ogos tahun lalu, Daniil Medvedev menyebabkan Novak Djokovic menangis apabila menyekat bintang Serbia itu daripada memahat sejarah muncul pemain lelaki pertama merangkul gelaran Grand Slam ke-21 di Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Hari ini, pemain Rusia itu akan berdepan situasi sama apabila menentang bintang Sepanyol, Rafael Nadal dalam final Terbuka Australia.

Nadal, 35, yang 10 tahun lebih tua daripada Medvedev akan menjadi pemain lelaki pertama memenangi 21 kejuaraan Grand Slam jika muncul juara Terbuka Australia.

DANIIL Medvedev melukakan hati Djokovic ketika menjuarai Terbuka AS tahun lalu.

“Sungguh lucu bila memikirkan saya sekali lagi berada dalam situasi menentang pemain yang memburu kejuaraan Grand Slam ke-21.

“Saya percaya, Rafael menonton di televisyen ketika saya menang di Amerika dan saya fikir, Novak juga akan menonton perlawanan kali ini,” kata Medvedev.

Pemain No. 2 dunia itu mara ke final Terbuka Australia buat kali kedua berturut-turut selepas menyingkirkan pemain No. 4 dunia, Stefanos Tsitsipas 7-6 (7/5), 4-6, 6-4, 6-1.

Kali terakhir Medvedev berdepan Nadal di pentas Grand Slam adalah pada final Terbuka AS 2019, di mana dia tewas 5-7, 3-6, 7-5, 6-4, 4-6.

RAFAEL Nadal hampir menggantung raket tahun lalu, namun dia kini melangkah ke final Terbuka Australia buat kali keenam.

Sementara itu, Nadal amat beremosi dengan kejayaan mara ke perlawanan akhir Grand Slam buat kali ke-29 kerana hampir menggantung raket tahun lalu.

Nadal yang menumpaskan pilihan ketujuh, Matteo Berrettini dari Itali 6-3, 6-2, 3-6, 6-3 akan beraksi di final Terbuka Australia buat kali keenam, di mana satu-satunya kejuaraan yang diraih adalah pada 2009.

Beberapa bulan lalu, bekas pemain No. 1 dunia itu bimbang mungkin tidak akan kembali ke gelanggang selepas kecederaan kaki menghalangnya beraksi di Wimbledon, Sukan Olimpik dan Terbuka AS 2021.

Dia turut dijangkiti Covid-19 bulan lalu tetapi kembali pulih.

“Saya sering berbicara ­de­ngan pasukan dan keluarga tentang apa yang akan berlaku.

“Jika ia berterusan begini, mungkin sudah tiba masanya mengucapkan selamat tinggal. Kini saya rasa kembali ber­nyawa,” kata Nadal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya