Selangor Pistons pertaruh ‘ubi muda’ - Utusan Malaysia

Selangor Pistons pertaruh ‘ubi muda’

SELEPAS gagal membawa pulang sebarang kejuaraan musim lalu, Selangor Pistons tampil untuk memberi tentangan lebih sengit dalam STL 2021/2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun membariskan majoriti pemain berusia bawah 21 tahun, namun Selangor Pistons yakin mereka mampu memberi cabaran dalam Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 kerana pasukan yang ada telah dilatih sejak tiga tahun lalu.

Walaupun pemain belum cukup berpengalaman, pengurus dan jurulatih, Syahril Mohd. Rashid yakin, beberapa pemain yang telah ‘dibawa’ untuk melihat saingan musim lalu sudah bersedia untuk bertarung pada kejohanan kali ini

“Mereka semua telah didedahkan dengan permainan STL musim lalu, jadi dari tahun ini adalah waktu yang terbaik untuk mereka bermain sendiri dalam gelanggang.

“Melalui latihan yang rapi, saya lihat ada peningkatan dalam corak permainan para pemain muda ini malah prestasi semasa mereka juga meyakinkan saya untuk saingan STL,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Syahril menjelaskan, mereka optimis untuk berada dalam kedudukan tiga teratas liga bagi melayakkan pasukan ke kelayakan Piala Juara-Juara tahun ini.

Katanya juara berganda musim lalu, Kuala Lumpur (KL) Thunder dan Johor Tigris akan menjadi ancaman terbesar buat Selangor Pistons untuk mencabar kejuaraan.

“Pencabar utama kita tahun ini adalah KL Thunder dan Johor Tigris. Dua pasukan ini sentiasa memberikan tahap permainan berbeza, jadi kami memang beri lebih perhatian kepada mereka,” katanya.

Selangor Pistons telah me­mulakan latihan sejak November 2021, namun ia terhenti seminggu akibat banjir yang melanda pertengahan Disember lalu di Shah Alam yang turut melibatkan rumah beberapa pemain terjejas.

Pasukan Merah Kuning itu akan memulakan kempen STL 2021/2022 dengan menentang calon juara musim ini, Johor Tigris di Stadium Titiwangsa, Sabtu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya