Salah kena 'belasah' di media sosial gara-gara Mesir kalah - Utusan Malaysia

Salah kena ‘belasah’ di media sosial gara-gara Mesir kalah

REAKSI Mohamed Salah selepas Mesir tewas kepada Nigeria dalam aksi pembukaan Kumpulan D, Piala Negara-Negara Afrika di Stade Roumde Adjia, Garoua, Cameroon semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAOUNDE, Cameroon: Moha­med Salah dikritik hebat oleh penyokong Mesir selepas juara tujuh kali itu tumpas 0-1 kepada Nigeria dalam aksi pembukaan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) semalam.

Gol tunggal bintang Leicester, Kelechi Iheanacho membolehkan skuad Super Eagles mengutip tiga mata berharga dalam Kumpulan D, sekali gus meninggalkan Salah dan rakan-rakannya menjadi mangsa ‘serangan’ peminat.

“Salah ibarat bermain dalam mode hantu.”

Itu antara serangan yang dite­rima bintang penyerang Liverpool tersebut dalam media sosial.

Meledak 23 gol dalam 26 perlawanan bersama kelab musim ini, Salah, 29, bagaimanapun hanya melakukan 14 sentuhan pada babak pertama.

Bergandingan dengan Moha­med Elneny, Ahmed Hegazi serta Trezeguet di jentera serangan, Salah dan skuad The Pharaohs tenggelam sepanjang perlawanan.

MOHAMED Salah bersaing dengan pertahanan Nigeria, Kenneth Omeruo dalam aksi Kumpulan D, Piala Negara-Negara Afrika semalam.

“Salah ada menyentuh bola? Lawan telah merantainya,” tulis seorang peminat di Twitter.

“Mesir main macam ‘sampah’. Tidak boleh merungut kalau Salah pulang lebih awal bersama pasukan,” tulis peminat yang lain.

Nigeria, juara AFCON tiga kali menerima pujian atas kemena­ngan itu, malah menguasai sebahagian besar permainan.

Keputusan Super Eagles melantik Augustin Eguavoen sebagai pengendali sementara menggantikan Gernot Rohr berbaloi apabila bekas pertahanan Nigeria itu menjalankan tugas dengan baik.

“Saya tidak mahu menjanjikan apa-apa tetapi Nigeria akan mengharungi kejohanan ini dengan baik, cubalah halang kami kalau mampu,” kata Eguavoen.

Nigeria akan berdepan Sudah dalam aksi kedua Kumpulan D, Sabtu ini, manakala Mesir menentang Guinea-Bissau. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya