‘Sakit’ nak menang liga – Van Dijk - Utusan Malaysia

‘Sakit’ nak menang liga – Van Dijk

MARCOS Alonso menenangkan Virgil van Dijk yang kecewa selepas Liverpool seri 2-2 dengan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool semakin tergelincir dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Ingge­ris selepas keciciran mata ketika seri 2-2 dengan Chelsea semalam.

Pertahanan Reds, Virgil van Dijk mengakui, Manchester City kini pilihan utama untuk mempertahankan gelaran selepas jauh meninggalkan mengatasi pa­sukan tangga kedua, Chelsea dengan 10 mata.

Katanya, Liverpool harus menyalahkan diri kerana mensia-siakan kelebihan mendahului 2-0 di Stamford Bridge dan hanya menang satu daripada empat perlawanan terakhir.

Sadio Mane dan Mohamed Salah memberi permulaan sempurna buat Liverpool apabila meledak gol pada minit kesembilan dan 26.

Jaringan cantik Mateo Kova­cic bagaimanapun memboleh­kan Blues merapatkan jurang pada minit ke-42 sebelum Christian Pulisic meledak gol penyamaan di waktu kecederaan babak pertama.

MOHAMED Salah meledak gol kedua Liverpool untuk pasukannya mendahului 2-0, namun aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London semalam berakhir seri 2-2.

“Ia jurang yang sangat besar. Mereka (City) seperti sudah se­belah kaki untuk mempertahankan kejuaraan.

“Bagaimanapun, apa sahaja boleh berlaku. Jangan berhenti berharap dan percaya diri,” kata Van Dijk.

Kata bintang Belanda itu, amat mengecewakan mereka melepaskan dua gol selepas mendahului 2-0.

“Kami mensia-siakan kelebihan, ia sangat mengecewakan,” katanya.

Keadaan akan menjadi bertambah sukar buat Reds selepas ini kerana mereka bakal kehila­ngan tiga tonggak, Salah, Mane dan Naby Keita untuk Piala Negara-Negara Afrika (Afcon).

Malah semalam, mereka ber­aksi tanpa penjaga gol, Alisson, Roberto Firmino dan Joel Matip, selain pengurus, Jurgen Klopp yang dijangkiti Covid-19.

Liverpool yang tewas 0-1 kepada Leicester minggu lalu kini menghuni tangga ketiga liga dengan 11 mata di belakang City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya