Rooney, Lampard calon pengurus Everton - Utusan Malaysia

Rooney, Lampard calon pengurus Everton

DUA bekas bintang England, Wayne Rooney (kiri) dan Frank Lampard menjadi pilihan utama untuk membimbing Everton.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Rafael Benitez dipecat sebagai pengendali Everton semalam hanya selepas 200 hari mengambil alih kelab Liga Perdana Inggeris itu, dan bekas penyerang The Toffess, Wayne Rooney antara pilihan untuk menggantikannya.

Pelantikan Benitez pada Jun tahun lalu tidak disenangi penyokong Everton kerana dia pernah membimbing seteru mereka, Liverpool.

Pengurus dari Sepanyol itu menerima padah selepas tewas 1-2 kepada kelab tangga kedua tercorot, Norwich, Sabtu lalu iaitu kekalahan kesembilan dalam 13 perlawanan terakhir liga.

“Everton FC boleh mengesahkan peletakan jawatan Rafael Benitez sebagai pengendali skuad utama. Peletakan jawatan Benitez, yang menyertai Everton pada Jun 2021, berkuatkuasa serta merta.

“Makluman berkenaan pengganti tetapnya akan dibuat dalam masa terdekat,” kata kelab dalam satu kenyataan.

RAFAEL BENITEZ

Rooney, 36, yang kini membimbing kelab Divisyen Dua, Derby County menjadi pilihan untuk menggantikan Benitez.

Dia pernah menyarung jersi Everton dari 2002 hingga 2004 sebelum mengecapi pelbagai kejayaan sejak berpindah ke Manchester United (2004 hingga 2017). Dia kemudian kembali ke Everton pada 2017 hingga 2018.

Frank Lampard yang dipecat Chelsea tahun lalu, turut dinamakan sebagai calon mengisi jawatan berkenaan.

Selain dua bekas pemain England itu, bos Brighton, Graham Potter dan Paulo Fonseca, yang kali terakhir bersama Roma, turut dipertimbangkan.

Di bawah kendalian Benitez, Everton hanya mengutip 19 mata daripada 19 perlawanan liga, jumlah terendah untuk setengah musim sejak kempen 2005-2006. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya