Ronaldo bukan lagi idola bintang muda? - Utusan Malaysia

Ronaldo bukan lagi idola bintang muda?

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang Borussia Dortmund, Erling Haaland tidak menamakan Cristiano Ronaldo dalam senarai tiga pemain terbaik ­dunia pilihannya.

Tiga pemain yang menjadi pilihan bintang Norway itu adalah peledak Bayern Munich, Robert Lewandowski, Karim Benzema dan Lionel Messi.

Jawapan itu menyaksikan ikon Manchester United, Ro­naldo yang sering dinamakan antara pemain terbaik dunia ­tiada tempat dalam skuad impian Haaland.

“Ia soalan yang baik dan saya rasa Lewandowski berada di tempat pertama, Benzema turut cemerlang, begitu juga Messi.

ERLING HAALAND

“Jadi Benzema dan Messi berkongsi tempat kedua dan ketiga,” ujar Haaland yang menjadi watak penting Dortmund sejak dua tahun lalu apabila menjaringkan 80 gol sepanjang 79 perlawanan sekali gus menjadikannya pemain paling diidamkan di dunia.

Sejak kembali ke England, Ronaldo mempamer aksi konsisten dengan meledak banyak gol penting, namun malangnya prestasi United pula dilihat ­seperti ‘yo-yo’.

Sejak sedekad lalu, Ronaldo dan Messi sering mendominasi bola sepak dunia dengan ramai mempunyai pandangan berbeza mengenai siapakah antara mereka adalah pemain terbaik dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya