Rejaman Aekasit kuatkan Penang Black Panthers - Utusan Malaysia

Rejaman Aekasit kuatkan Penang Black Panthers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI: Penang Black Panthers pasukan paling gembira sehari sebelum Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 membuka tirai esok apabila mengesahkan perejam dari Thailand, Aekasit Naphon akan menguatkan cabaran mereka.

Pengurusnya, Mohamad Azlee Ahmad Mahiudin berkata, pemain berusia 28 tahun itu akan beraksi pada minggu kedua perlawanan yang berlangsung pada 14 Januari di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur nanti.

Menurutnya, keputusan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) membenarkan penyertaan pemain import dalam STL kali ini sememangnya ditunggu-tunggu barisan pasukannya.

“Kehadiran pemain import akan menambahkan lagi kerancakan dalam STL dengan gabungan pemain-pemain tempatan.

“Beliau (Aekasit) akan mai (datang) pada minggu kedua dan saya percaya pemain sedia ada mampu mempertaruhkan aksi cemerlang tanpa kehadirannya lagi pada saingan minggu pertama bermula Jumaat ini,” katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Tajaan dan Pelancaran Penang Black Panthers  di sini semalam.

Turut hadir bekas Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Emas Anuar Sdn. Bhd, Khurulanuar Mhamad Noor.

Dalam pada itu, Penang Black Panthers turut mengumumkan barisan pemain tempatan yang akan berentap dalam saingan STL musim baharu ini.

Mereka ialah Muhammad Zaim Mohd. Razali, 25, selaku kapten pasukan, Muhammad Zarif Merican Ibrahim Merican, 20, Muhammad Faisal Mohd. Fuad, 20, Muhamad Zulhusni Basri, 20, Muhamad Fauzan Ikhwan Mohamed Hussain, 20, Muhammad Danial Bahrin, 25 dan Mohamad Haikal Mohamad Jamil, 21.

“Gandingan muka lama dan baharu bakal memberi saingan sengit dalam perlawanan kali ini dan percaya mereka dapat mempamerkan prestasi cemerlang ketika menentang pasukan lawan nanti,” ujar jurulatih pasukan, Mohamad Fadzil Mohd. Asri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya