Reds tempang jumpa Arsenal - Utusan Malaysia

Reds tempang jumpa Arsenal

NABY Keita (tengah) dijangka kembali beraksi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool berdepan kesukaran apabila menentang Arsenal dalam separuh akhir pertama Piala Liga, Jumaat ini selepas hilang ramai tonggak.

Peluang Arsenal tampak cerah selepas Reds hilang sekurang-kurangnya enam pemain utama di Emirates.

Trio Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita sudah meninggalkan Anfield untuk ­beraksi buat negara masing-masing Piala Negara-Negara ­Afrika.

Bintang remaja Liverpool, Harvey Elliott sudah menunjukkan kemajuan dan semakin pulih daripada kecederaan buku lali, namun belum bersedia untuk diturunkan, begitu juga pemain pertahanan, Nat Phillips.

Memburukkan lagi ke­adaan, Jurgen Klopp tidak dapat menurunkan perancang utama Sepanyol, Thiago Alcantara yang sebelum ini dijangkiti Covid-19, selain berdepan kecederaan pinggul.

“Thiago, belum lagi (kembali). Ia mengambil masa sedikit lebih lama (daripada Takumi Minamino).

Ia isu kecederaan pinggul yang kami tidak tahu dari mana datangnya, jadi kami perlu bersabar sedikit dengannya,” dedah Klopp.

Ahad lalu, penjaga gol, ­Alisson, Ro­berto Firmino dan Joel Matip disisihkan daripada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Chelsea gara-gara disyaki positif Covid-19.

Tidak dapat dipastikan sama ada kesemua pemain itu dapat diturunkan dalam perlawanan di London nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya