Red Devils makin bergelora - Utusan Malaysia

Red Devils makin bergelora

Scott McTominay menanduk gol kemenangan Manchester United ketika menyingkirkan Aston Villa pada pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford, Manchester, England semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester Uni­ted melangkah ke pusingan keempat Piala FA selepas me­numpaskan Aston Villa semalam, namun situasi semasa tidak mengurangkan krisis bilik persalinan yang menyelubungi Old Trafford.

Kemenangan 1-0 ke atas Villa meredakan tekanan pengurus sementara, Ralf Rangnick yang pening untuk menyatukan semula

yang kini dikatakan terbahagi dua.

Reaksi Rangnick ketika me­raikan gol tunggal Scott ­McTominay semalam berjaya dirakam BBC Sport, dan pengurus Jerman itu tampak amat lega selepas pasukannya dikritik hebat ekoran kekalahan kepada Wolverhampton dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris.

Ini kali pertama bulan ini pengurus kelahiran Jerman itu memberi reaksi positif terhadap pasukannya.

DAVID DE GEA

“Kami mahu membangunkan pasukan yang sukar untuk ditembusi tetapi malam ini bagi saya David de Gea (penjaga gol) mempamer prestasi luar biasa.

“Kalau boleh, saya mahu melihat dia tidak perlu berhempas pulas menyelamatkan gawang kerana itu bermakna pertahanan kami berfungsi baik.

“Saya fikir, hari ini ada empat atau lima percubaan dilancarkan ke gawang kami,” kata Rangnick.

CRISTIANO RONALDO

Menurut laporan, situasi kem United ketika ini sama teruk seperti ketika Ole Gunnar Solskjaer mengendalikan beberapa perlawanan terakhir.

Bilik persalinan dikhabarkan terbahagi kepada dua di antara pemain yang bertutur dalam bahasa Portugal dan mereka yang berbahasa Inggeris.

Menurut TalkSport, pemain yang menggunakan bahasa Portugal iaitu Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes, Diogo Dalot, Fred dan Alex Telles bertelagah dengan pemain yang tidak bertutur bahasa ibunda mereka.

Keadaan semakin buruk sejak kekalahan 0-1 kepada Wolverhampton di laman sendiri pada 4 Januari lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya