Rahsia Emon kekal relevan - Utusan Malaysia

Rahsia Emon kekal relevan

FARHAN ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


YANG bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Peribahasa itu cukup sesuai buat Farhan Adam, apit kiri dan juga ketua pasukan Selangor Pistons.

Menjangkau usia 33 tahun pada 17 Mei nanti, Farhan atau lebih mesra dengan nama panggilan Emon, membuktikan beliau masih relevan dalam kancah sepak takraw negara.

Sejak STL mula diperkenalkan pada 2014, Emon konsisten dalam penyertaan saban tahun. Bermula dengan mewakili pasukan PKNS pada edisi pertama, diikuti dengan Gomo Worriors pada 2015, dan seterusnya bersama Selangor Pistons pada edisi berikutnya sehingga kini.

Malah, kewibawaan Emon terserlah dengan tahun ini, menandakan sudah 13 tahun Emon bersama skuad kebangsaan.

KEHADIRAN Farhan (tengah) mampu menggerunkan lawan.

Pencapaian dan pengalaman Emon ini perlu dijadikan contoh atau ikon buat pemain-pemain muda sebagai motivasi jika mahu meniti nama di pentas sepak takraw.

Mungkin ada yang kurang bersetuju, tetapi pada saya, Emon antara pemain terbaik dalam pentas sukan sepak takraw tanahair. Beliau masih menjadi pilihan utama buat Selangor Pistons sebagai pengumpan utama, dan STL yang telah memasuki edisi kelapan ini, turut menyaksikan Emon adalah pemain paling berusia berada di gelanggang.

Setelah tamat aksi minggu pertama STL 2021/2022, saya sempat berbual bersama Emon, dan 2 perkongsian utama dari Emon kepada saya, membuatkan saya terpanggil untuk kongsikan kepada semua peminat di pentas rejaman pena ini.

Pertama, kecergasan. Bagi Emon aspek ini cukup penting, yang mana beliau akan memastikan pastikan tahap stamina berada pada tahap terbaik.

Menurut Emon, ‘saya akan paksa diri saya untuk kekal fit (cergas)’. Sekiranya ada masa tertentu di mana rasa malas menguasai diri, beliau akan sentiasa kuatkan semangat dengan ungkapan, ‘aku masih feeder terbaik’, sekali gus menguatkan lagi semangatnya untuk meneruskan latihan secara konsisten.

Kedua, keiltizaman. Beliau tidak pernah berhenti belajar dan terus belajar. Cari ilmu bukan hanya dengan latihan, tetapi Emon sentiasa mendapatkan pandangan serta perkongsian dari kalangan bekas-bekas pemain kebangsaan kerana pengalaman mereka cukup berharga. Selain itu, Emon turut terbuka menerima input-input di kalangan rakan sepelatih, untuk memastikan beliau sentiasa peka denga napa jua yang harus diperbaiki.

Dengan hanya dua tips ini, seolah-olah memberikan jawapan yang tepat kepada peribahasa yang saya kongsikan di awal penulisan.

Emon seseorang yang realistik dan sentiasa berusaha keras kerana Emon sedar sesuatu yang dihajatkan mestilah diikuti dengan usaha kerana kejayaan tidak datang dengan sendirinya.

Semua orang dambakan kejayaan, tetapi usaha dan sikap, itu persoalannya.

PENULIS ADALAH PENGACARA STL, ASTRO ARENA DAN BEKAS PEMAIN SEPAK TAKRAW KEBANGSAAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya