Piala FA kembali warnai Liga M - Utusan Malaysia

Piala FA kembali warnai Liga M

KEDAH muncul pasukan terakhir menjuarai Piala FA pada 2019 sebelum trofi tersebut 'disimpan' dua tahun akibat Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas dua musim disimpan rapi, trofi Piala FA akan kembali mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini apabila pertandingan kalah mati itu akan diadakan bermula Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, saingan Piala FA bakal menemui penyokong bola sepak negara selepas tidak dilangsungkan selama dua tahun ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Jelasnya, bagi memastikan kelancaran pertandingan kedua tertinggi dalam Liga M itu berjalan lancar, pihaknya terpaksa merombak format kejohanan dengan tiada lagi aksi timbal balik di pusingan suku akhir dan separuh akhir.

“Bagi memastikan agenda nasional dengan keutamaan diberikan kepada skuad kebangsaan, MFL terpaksa mengorbankan beberapa perkara termasuk merombak format Piala FA untuk musim 2022 ini.

“Saya dengan gembiranya ingin mengumumkan selepas dua tahun, akhirnya Piala FA akan kembali. Tetapi untuk aksi peringkat suku dan separuh akhir yang ada dua aksi timbal balik, kami terpaksa kurangkan kepada satu saja aksi.

STUART RAMALINGAM

“Ini bermakna, aksi suku dan separuh akhir hanya akan ada satu perlawanan berbanding dimainkan dua kali pada Piala FA musim sebelum ini,” katanya pada taklimat kalender Liga Malaysia 2022 bersama pengamal media secara atas talian hari ini.

Selain itu, beliau turut mengesahkan juara Piala FA musim ini akan kembali mewakili negara di pentas Piala AFC musim depan selepas musim lalu slot berkenaan diberikan kepada juara Piala Malaysia.

Dalam perkembangan sama, Stuart juga mengumumkan perubahan aksi pembuka tirai Liga M iaitu perlawanan merebut Piala Sumbangsih dijalankan secara berasingan dan tidak menyumbang mata dalam liga.

“Pada 26 Februari ini, perlawanan merebut Piala Sumbangsih sekarang bukan lagi sebahagian daripada liga, di mana ia perlawanan yang berasingan.

“Ini adalah perubahan yang dibuat, di mana Piala Sumbangsih adalah untuk merebut trofi sumbangsih sahaja,” katanya yang mengesahkan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bertemu juara Piala Malaysia, Kuala Lumpur City FC di Stadium Sultan Ibrahim untuk merebut Piala Sumbangsih itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya