IPOH: Bagi meredakan tekanan menjelang Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 yang akan membuka tirai esok, Perak Bison menjalani latihan tiga hari di Teluk Batik di Lumut yang berakhir semalam.
Pengurus pasukan, Mohd. Jaffrey Mohd. Zainol berkata, yang yang berakhir Isnin lalu memberi peluang kepada pemain untuk menenangkan fikiran sebelum memulakan tugas getir menentang Kelantan Warriors, Sabtu ini, diikuti Putrajaya Cyborg keesokan hari.
“Ia hanya latihan ringan serta santai untuk membuat pemain tenang dan tidak tertekan,” katanya.
Setiausaha Persatuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (Persedar) itu berkata, pemain berada dalam keadaan baik dan sudah bersedia untuk menghadapi cabaran.
“Pemain tampak bersemangat dan sudah bersiap sedda untuk turun ke gelanggang.
“Semoga ia mampu diterjemahkan semasa perlawanan sebenar,” tambahnya. – AGENSI