Pengadil dikecam buat keputusan pelik - Utusan Malaysia

Pengadil dikecam buat keputusan pelik

Janny Sikazwe menjadi sasaran kemarahan pemain Tunisia selepas menamatkan perlawanan lebih awal ketika pasukan itu kalah 0-1 kepada Mali dalam Piala Negara-Negara Afrika di Limbe, Cameroon semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOUALA, Cameroon: Belum cukup 90 minit, namun pengadil perlawanan antara Tunisia dan Mali mencetus kontroversi apabila meniup wisel lebih awal bagi menamatkan aksi kumpulan F saingan Piala Negara-Negara Afrika.

Keputusan perlawanan itu memihak kepada Mali menerusi jaringan tunggal Ibrahima Kone hasil sepakan penalti untuk membantu pasukannya mengatasi satu daripada pencabar utama kejuaraan 1-0 di Limbe.

Pengadil dari Zambia, Janny Sikazwe menunjukkan perlawanan ditamatkan selepas jam memaparkan 89 minit 42 saat menyebabkan pemain Tunisia berang ketika mereka cuba mendapatkan gol berdepan lawan yang bermain 10 orang.

Ketika kekeliruan tercetus, jurulatih Mali, Mohamed Magassouba telah memasuki sidang akhbar selepas perlawanan namun pegawai perlawanan telah memasuki bilik itu dan mengatakan aksi akan disambung semula berbaki tiga minit.

Situasi untuk menyaksikan pemain Mali kembali ke padang tetapi lawannya Tunisia tidak muncul menyebabkan pengadil mengambil keputusan menamatkan perlawanan tersebut.

“Keputusannya tidak boleh dijelaskan. Saya tidak faham kenapa dia membuat keputusan itu dan kini kita lihat apa yang akan berlaku,” kata jurulatih Tunisia, Mondher Kebaier.

Bagaimanapun keengganan pasukan Tunisia kembali ke padang boleh menyebabkan mereka berdepan hukuman daripada Persekutuan Bolasepak Afrika.

“Dia meniup wisel dan meminta kami ke bilik persalinan, jadi pemain sudah mandi ais dan kemudian dia mahu kami kembali ke padang.

“Sepanjang 30 tahun dalam sukan ini, saya tidak pernah melihat perkara seperti ini,” kata Kebaier.

Dalam pada itu, Gambia dan Ivory Coast juga mencipta kemenangan hasil satu gol dengan menewaskan Mauritania dan Equatorial Guinea pada aksi pembukaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya