Penang Black Panthers terus hambat ATM Guardians - Utusan Malaysia

Penang Black Panthers terus hambat ATM Guardians

APIT kanan Penang Black Panthers, Danial Baharin (kanan) melakukan libasan ketika menentang Kelantan Warriors pada Emas Anuar Liga Sepak Takraw 2021/22 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penang Black Panthers terus menjadi giant killer Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 apabila melakar kemenangan kelima berturut-turut dengan menumpaskan Kelantan Warriors 2-0 sebentar tadi.

Skuad muda Harimau Kumbang itu menang 24-22, 21-19, sekali gus terus menghambat pendahulu carta, ATM Guardians yang turut memenangi kesemua lima perlawanan mereka setakat ini.

Dalam aksi di Stadium Titiwangsa itu, ‘ubi muda’ Black Panthers tampil tenang biarpun berdepan pasukan berpengalaman Kelantan yang diketuai tekong berbisanya, Zulkifli  Abdul Razak atau lebih terkenal dengan julukan Sobey.

PEMAIN Penang Black Panthers meraikan mata yang dipungut ketika menentang Kelantan Warriors  di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Biarpun kerap melakukan kesilapan sendiri di set pertama, terutama servis Zarif Merican Ibrahim yang sering tersangkut, namun Black Panthers berjaya bangkit di hujung permainan untuk menundukkan Kelantan 24-22.

Permainan lebih matang dan kemas ditunjukkan anak-anak buah Mohamad Fazil Mohd. Asri  di set kedua apabila memadamkan sebarang usaha Warriors untuk melakukan kebangkitan apabila menang 21-19.

Penang akan kembali ke gelanggang pukul 10 malam esok untuk berdepan naib juara Divisyen 1 musim lalu, Putrajaya Cyborg.

Sementara itu, Kelantan yang menerima kekalahan ketiga berturut-turut akan berdepan Selangor Pistons esok, diikuti juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Thunder pada Ahad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya