KUALA LUMPUR: Penang Black Panthers yang dibarisi rata-rata pemain Sukan Malaysia (Sukma) melakar kemenangan kedua dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 apabila menumpaskan Bomba Fighters 2-0, sebentar tadi.
Skuad bimbingan Mohd. Fazil Mohd. Asri itu bagaimanapun dipaksa berhempas pulas sebelum menumpaskan Bomba 23-21, 21-17 dalam aksi di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Ini kemenangan kedua Black Panthers selepas menumpaskan Negeri Sembilan Antlers dalam aksi pembukaan semalam.
Bagi Bomba Fighters, mereka kini berdepan realiti bahawa lawan yang ditentang dalam divisyen Premier jauh lebih getir selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut.
Mereka sebelum ini kalah 7-21, 14-21 dalam perlawanan Sumbangsih menentang Kuala Lumpur (KL) Thunder kelmarin.