Penang Black Panthers ibarat ‘harimau luka’ - Utusan Malaysia

Penang Black Panthers ibarat ‘harimau luka’

PEMAIN Penang Black Panthers kini ibarat ‘harimau luka’ selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam STL 2021/2022. – MINGGUAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kekalahan mengejut kepada Perak Bison semalam membuatkan Penang Black Panthers ibarat ‘harimau luka’ dan bersedia menjadikan Johor Tigris mangsa kebangkitan apabila kedua-dua pasukan berentap dalam perlawanan terakhir minggu keempat hari ini.

Biarpun Tigris adalah pasukan tercorot liga, namun aksi Penang sendiri yang tidak konsisten ketika ini membuatkan mereka perlu berhati-hati bagi mengelak luka yang berdarah menjadi semakin parah.

Semalam, skuad Harimau Kumbang mempamer aksi longlai apabila mudah diratah sang Seladang 10-21, 16-21.

Pertemuan Penang Black Panthers dan Johor Tigris hari ini ibarat pertembungan ‘dua harimau luka’ kerana Tigris juga tidak rela kalah lagi untuk mengelak tersingkir ke Divisyen 1 musim depan.

“Kami perlu berhati-hati de­ngan keupayaan Johor dan saya sentiasa mahukan setiap pemain beraksi dengan semangat juang yang tinggi apabila menentang Johor nanti.

“Kita tidak menganggap Johor pasukan yang lemah kerana berada di kedudukan tercorot liga, sebaliknya mereka antara pasukan terbaik yang sentiasa memberikan saingan hebat kepada lawan.

“Saya harap pemain dapat terus bangkit dengan meningkatkan rentak permainan serta meraih keputusan positif sebelum pusingan pertama liga berakhir,” kata Ketua Jurulatih Penang Black Panthers, Supian Napiah kepada Mingguan Malaysia semalam.

Perlawanan di antara Penang dan Johor Tigris menjadi aksi terakhir bagi pusingan pertama Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022.

Liga akan berehat bermula esok hingga 10 Februari bagi memberikan laluan kepada saingan Divisyen 1 yang bermula 1 hingga 6 Februari, juga di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Kelmarin, anak-anak buah Supian turut mengalami kekalahan selepas dijinakkan pendahulu liga, ATM Guardians.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya