Pemain ‘sukarela’ Cyborg mampu gegar STL - Utusan Malaysia

Pemain ‘sukarela’ Cyborg mampu gegar STL

PASUKAN Putrajaya Cyborg meraikan mata ketika menentang Bomba Fighters dalam Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur kelmarin. - MINGGUAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kami pasukan serba kekurangan, malah ada lawan memandang mudah bila bertemu kami.”

Itu reaksi pengurus Putrajaya Cyborg, Shahzan Ismail, yang mengaku, banyak pasukan se­ring menurunkan barisan ke­dua apabila menentang mereka dalam aksi Premier Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) .

Diperkuatkan dengan barisan pemain amatur kerana ada yang be­kerja sebagai guru, kakitangan institusi perbankan dan pengajian tinggi, maka ada yang memandang enteng cabaran mereka.

Begitupun hakikatnya regu yang dimiliki Putrajaya bukanlah calang-calang kerana ­se­rpihan pemain berbakat yang tidak terpilih mewakili negeri.

AKSI apit kanan Putrajaya Cyborg, Mohamad Muslim M. Ramli (tengah) melakukan hadangan ketika menentang Bomba Fighters dalam Emas Anuar Liga Sepak Takraw 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur kelmarin. – MINGGUAN/FARIZ RUSADIO

Kata Shahzan, anak-anak buahnya semua berpengalaman dan pernah terbabit dalam pelbagai pertandingan sepak takraw di negara ini.

“Pemain kami seperti Muhammad Suhairi (Sulaiman), dia seorang guru di Negeri Sembilan, Mohamad Muslim (M. Ramli) bekerja dengan sebuah bank dan Muhammad Faizulhairy (Osman) berkhidmat di Universiti Malaya.

“Mereka ini bermain secara sukarela bersama Putrajaya ­Cyborg kerana kami bukanlah sebuah pasukan kaya yang mampu menggajikan pemain dengan bayaran yang mahal.

“Kami ada penaja tetapi itupun daripada kenalan yang pernah bermain sepak takraw.

“Dia menaja kami kerana minatnya terhadap sukan ini. Selain itu, Perbadanan Putrajaya pula bantu menyediakan penginapan di rumah tamu di Putrajaya,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Shahzan yang menyasarkan kelompok enam terbaik berkata, biarpun mengharungi STL dengan serba kekurangan tetapi sehingga kini mereka mengharu­ngi perlawanan tanpa masalah.

Walaupun hanya mengumpul empat mata hasil dua kemena­ngan daripada lima perlawanan, tetapi semua aksi mereka berlangsung sehingga set ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya