DEMI cinta terhadap sepak takraw dan kerjayanya sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba di Senaling, Kuala Pilah, kapten Putrajaya Cyborg, Suhairi Sulaiman sanggup berulang-alik dari Negeri Sembilan ke ibu negara. Sepanjang pusingan pertama Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 berlangsung di Stadium Titiwangsa sejak awal bulan ini, Suhairi yang lebih mesra disapa Cikgu Cherry perlu membahagikan fokus sebagai pemain dan guru. Dia yang memulakan karier sebagai pendidik sejak lima bulan lalu, tidak keberatan berbuat demikian kerana tujuannya menyertai STL adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajarnya tentang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya