Pantang pahlawan cepat mengalah - Utusan Malaysia

Pantang pahlawan cepat mengalah

KELANTAN Warriors akan melakukan apa sahaja untuk memenangi dua perlawanan terakhir Emas Anuar Liga Sepak Takraw 2021/2022 bagi mengelak tersingkir ke Divisyen 1 musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kalah buat kali kelima musim ini memang amat menyakitkan Kelantan Warriors, apatah lagi di media sosial banyak perkara dipersoalkan peminat, daripada soal taktikal, permainan ‘lemau’ hinggakan tekong yang dikatakan terlalu cuba bermain ‘cantik’.

Kelmarin, anak-anak buah Azhar Sarabini dikejutkan oleh pendatang baharu Premier, Putrajaya Cyborg 1-2, iaitu kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022.

Kekalahan itu pastinya bukan perkara yang dimahukan Kelantan menjelang pertemuan dengan pasukan paling kebal dalam STL setakat ini, ATM Guar­dians dalam aksi terakhir minggu keempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini.

Biarpun rekod ATM masih belum tercalar selepas tujuh perlawanan, Kelantan tetap yakin mereka mampu menghadirkan kejutan jika pemain mengurangkan kesilapan dan beraksi mengikuti percaturan.

“Sudah tentu keyakinan pemain menurun apabila tewas dan itu perkara normal, apatah lagi kita baru sahaja membentuk gandingan ini dalam pasukan walaupun mereka sudah lama bermain sepak takraw.

“Bukan mudah bagi kami untuk membina keserasian musim ini tetapi saya masih positif kepada pemain saya dengan harapan mereka mampu untuk bangkit di apabila bertemu ATM nanti.

“Saya berharap penyokong akan terus memberikan soko­ngan kepada Kelantan kerana kami masih mencari rentak permainan yang sudah hilang itu,” kata Azhar kepada Mingguan Malaysia.

Kelantan kerap menurun gandingan Zulkifli Abdul Razak (tekong), Eqbal Shamsudin (perejam) dan Aidil Aiman Azmawi (pengumpan), namun keputusan untuk menurun pemain muda, Nik Muhammad Afiq menggantikan Aidil sebelum ini tidak membuatkan Azhar berasa kesal.

“Saya tidak menyesal menurunkan Nik Afiq kerana saya mahu melihat keupayaannya dan mahu dia belajar merasai suasana di dalam perlawanan supaya sekiranya ada pemain lain cedera, dia sentiasa bersedia,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya