O’Donell cadang jurulatih asing bimbing Harimau Malaya - Utusan Malaysia

O’Donell cadang jurulatih asing bimbing Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Teknikal baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O’Donell mencadangkan agar Harimau Malaya dibimbing jurulatih asing.

Pengendali kelahiran Australia itu yang baru memulakan tugasnya semalam dengan kontrak tiga tahun berkata, kehadiran jurulatih luar perlu untuk kebaikan bola sepak Malaysia bagi jangka panjang.

“Saya melihat skuad Harimau Malaya selepas ini perlu dibimbing oleh jurulatih asing bagi mengubah landskap dan masa depan bola sepak Malaysia ke satu dimensi baharu, bukan hanya untuk jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang,” katanya semalam.

O’Donell yang juga bekas pemain profesional Australia menyertai FAM bagi menggantikan Datuk Ong Kim Swee yang meletak jawatan pada 10 September lalu.

Kata O’Donnel, Harimau Malaya tidak akan mengadakan perlawanan persahabatan dalam tempoh kalendar yang dibuka Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melibatkan zon Asia bermula 25 Januari hingga 1 Februari depan.

Jelasnya, ia berikutan beliau baru sahaja melaporkan diri dan sukar untuk pihaknya mengatur aksi antarabangsa dalam masa terdekat.

“Buat masa ini tiada lagi perancangan  mengatur aksi antarabangsa melibatkan skuad Harimau Malaya pada kalendar antarabangsa FIFA pada Januari ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya