Norza restu Zii Jia jadi profesional - Utusan Malaysia

Norza restu Zii Jia jadi profesional

LEE Zii Jia (kiri) berkongsi gambar pertemuannya bersama Mohamad Norza Zakaria (tengah).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemelut Lee Zii Jia bakal berakhir lebih awal daripada yang dijangkakan selepas jaguh perseorangan negara itu mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Zii Jia berkata, dia dan kedua ibu bapanya mengadakan pertemuan dengan Norza hari ini bagi membincangkan mengenai kemelut yang melanda dirinya dengan badan induk badminton kebangsaan itu.

“Saya berbesar hati untuk mengadakan pertemuan peribadi dari hati ke hati dengan Presiden BAM Tan Sri Norza Zakaria bersama ibu bapa saya.

“Saya gembira kerana kami kini menyelesaikan isu ini dengan BAM selepas mendapat restu Tan Sri untuk menjadi pemain profesional.

“Pencapaian masa lalu dan masa depan saya akan sentiasa menjadi produk Tan Sri Norza, BAM dan Malaysia.

“Saya sentiasa bersyukur kerana Tan Sri membimbing, mengasuh dan memberi saya peluang untuk berkhidmat kepada negara yang saya cintai.

“Pada masa ini, saya akan komited untuk Kejohanan Berpasukan Asia. Saya harap kesimpulan ini menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia dan Peminat Badminton.

“Tolong teruskan menyokong BAM dan juga pemain profesional negara yang turut diasuh oleh BAM kerana pada akhirnya kita adalah satu,” tulis Zii Jia dalam media sosial.

Pada Jumaat lalu, BAM mengumumkan untuk tidak akan mendaftarkan nama Zii Jia dalam sebarang kejohanan selama dua tahun gara-gara tindakannya mahu meninggalkan badan badminton itu untuk bergerak secara profesional.

Selain Zii Jia, turut dikenakan ‘halangan’ adalah bekas juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya