Martial nafi dakwaan Rangnick - Utusan Malaysia

Martial nafi dakwaan Rangnick

ANTHONY MARTIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyerang Manchester United, Anthony Martial menafikan dakwaan Ralf Rangnick bahawa dia tidak mahu terlibat dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa yang berakhir 2-2, awal pagi tadi.

Pemain Perancis berusia 26 tahun itu hanya memulakan aksi dalam dua perlawanan liga musim ini dan tidak bermain sejak kemenangan 3-2 ke atas Arsenal pada 2 Disember.

Wakil Martial sebelum ini mendedahkan, pemain itu mahu berpindah bulan ini bagi  mendapatkan lebih minit permainan.

“Dia tidak mahu berada dalam skuad.

“Dia boleh berada dalam pasukan secara normal tapi dia tidak mahu dan itulah sebabnya kenapa dia tidak bersama kami,” kata pengurus sementara United, Rangnick.

Martial bagaimanapun menegaskan, dia tidak pernah menolak untuk bermain buat United seperti yang didakwa pengendali dari Jerman itu.

“Saya tidak pernah menolak untuk bermain dalam perlawanan buat Manchester United.

“Sudah tujuh tahun saya berada di sini. Tidak pernah saya tidak menghormati dan tidak akan sesekali tidak mengormati kelab dan penyokong,” kata Martial menerusi Instagram. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya