Malaysia minat jadi tuan rumah Sukan SEA 2027 - Utusan Malaysia

Malaysia minat jadi tuan rumah Sukan SEA 2027

SEJAK kali terakhir menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2017, Malaysia mungkin kembali menganjurkan temasya dwi tahunan itu pada 2027.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia berminat membawa Sukan SEA kembali ke negara ini pada 2027 sejak kali terakhir menganjurkannya di Kuala Lumpur pada 2017.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, Malaysia menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Sea (SEAGF) selepas Brunei yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-34 temasya menarik diri.

“SEAGF sudah menghubungi MOM tentang kebarangkalian Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-34 pada 2027 kerana pengunduran Brunei, jadi mesyuarat hari ini bersetuju menghantar surat menyatakan minat kepada SEAGF.

“Bagaimanapun, kita memahami situasi kerajaan ketika ini. Kami akan menghantar dahulu surat dan akan sentiasa berhubung dengan kerajaan selepas keadaan kewangan lebih stabil atau lebih baik,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM di Kuala Lumpur hari ini.

Kata Mohamad Norza, kos untuk menganjutkan temasya kali tidak tidak begitu tinggi kerana Malaysia sudah memiliki fasiliti sukan yang sedia digunakan.

Bagaimanapun katanya, semua terpulang kepada kemampuan kerajaan dan MOM perlu melihat situasi dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun akan datang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya