Madam Pang ‘tonggak terbaik’ Thailand - Utusan Malaysia

Madam Pang ‘tonggak terbaik’ Thailand

MADAM Pang membawa pengaruh besar kepada Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Thailand dianggap sebelah kali untuk menjulang Piala AFF apabila berdepan Indonesia dalam final kedua hari ini selepas menang besar 4-0 pada perlawanan pertama, Rabu lalu.

Ketua pasukan, Chanathip Songkrasin dianggap pemain terbaik skuad Gajah Perang ketika menyingkirkan juara bertahan, Vietnam dan membenam skuad Garuda Indonesia.

Taktikal pengendali dari Brazil, Mano Polking pula membantu Thailand mengelirukan lawan mereka sepanjang kempen di Singapura.

Bagaimanapun susuk paling berpengaruh buat pasukan itu sebenarnya seorang wanita, iaitu Nualphan Lamsam atau lebih dikenali sebagai Madam Pang.

Sangat rapat dengan pemain, sering memberi motivasi kepada mereka dan dianggap seperti ‘ibu’ kepada pasukan, hartawan berusia 55 tahun itu memainkan peranan yang amat besar sebagai pengurus.

Tidak sekadar menjanjikan habuan-habuan lumayan kepada pemain jika muncul juara, dia juga seorang yang sering mendengar keluh kesah mereka, malah dianggap seperti pakar psikologi tidak rasmi pasukan.

Amat disegani oleh pasukan Thailand, Madam Pang adalah pewaris kepada pengedar utama Hermes yang mempunyai empayar perniagaan bernilai AS$98 bilion (RM408 bilion).

“Madam Pang memainkan peranan amat penting dalam memastikan kejayaan Thailand. Dia pecinta bola sepak, malah menjadi pengantara antara kelab-kelab di Thailand dengan skuad kebangsaan, bagi memastikan kami memiliki pasukan terbaik.

“Seperti yang anda tahu, Thailand kesuntukan masa untuk melakukan persiapan tetapi kerana adanya Madam Pang, kami dapat mengumpulkan semua pemain terbaik di dalam dan luar negeri,” kata Polking kepada Tuoitre.

Bagi pemain sayap, Supachok Sarachat, kehadiran Madam Pang yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Muang Thai Insurance PCL membawa keharmonian dalam pasukan.

“Penampilan Madame Pang membuat suasana pasukan selesa dan tenang. Dia juga orang yang membawa masuk Mano Polking untuk memimpin Thailand.

“Dia (Polking) amat serasi dengan Thailand. Dia amat mengenali pemain kami, saya benar-benar berterima kasih dengan Madam Pang,” kata Supachok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya