Liverpool mangsa kes Covid-19 palsu - Utusan Malaysia

Liverpool mangsa kes Covid-19 palsu

KAIDE Gordon meraikan jaringannya ketika membantu Liverpool menumpaskan Shrewsbury Town pada pusingan ketiga Piala FA di Liverpool semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp mendedahkan, wabak Covid-19 yang menyebabkan aksi separuh akhir pertama Piala Liga di antara Liverpool dan Arsenal minggu lalu ditangguhkan mempunyai ‘banyak keputusan positif palsu’.

Kata Klopp, tonggak pertahanan, Trent Alexander-Arnold satu-satunya pemain yang benar-benar dijangkiti virus berkenaan.

Sesiapa sahaja terpalit keputusan positif palsu bagaimanapun tetap tidak dibenarkan beraksi pada pusingan ketiga Piala FA menentang Shrewsbury semalam.

Situasi itu memaksa Klopp menurunkan empat pemain remaja dalam kesebelasan utama, dan Reds bangkit daripada ketinggalan untuk menang 4-1 ke atas kelab Liga Satu, Shrewsbury.

“Inilah pasukan terbaik yang boleh kami turunkan hari ini dan pemain beraksi dengan sangat baik.

JURGEN KLOPP

“Minggu lalu kami diserang wabak, namun keputusan akhir menunjukkan ada ba­nyak kes positif palsu tapi pe­raturannya semua pemain yang positif palsu ini tetap tidak boleh bermain.

“Satu-satunya yang positif adalah Trent Alexander-Arnold dan semua yang lain positif palsu,” kata Klopp.

Dalam aksi di Anfield semalam, remaja berusia 17 tahun, Kaide Gordon muncul penjaring termuda Liverpool pada Piala FA ketika membantu pasukan itu melakar kemenangan selesa.

Reds bagaimanapun dikejutkan dengan gol pembukaan pelawat pada minit ke-27 menerusi Daniel Udoh.

Gordon yang turut muncul penjaring kedua termuda Li­verpool dalam semua pertan­dingan menyamakan kedudukan pada minit ke-34 dan penalti Fabinho meletakkan Reds di depan sebelum tamat babak pertama.

Tolakan ke belakang pemain gantian, Roberto Firmino dan satu lagi jaringan Fabinho memastikan kemenangan tuan rumah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya