Liverpool mampu hambat Manchester City - Utusan Malaysia

Liverpool mampu hambat Manchester City

TAKUMI Minamino didukung oleh Roberto Firmino.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool tidak akan berputus asa untuk terus menghambat pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City selepas menumpaskan Brentford 3-0 semalam.

Kemenangan itu melonjakkan anak-anak buah Jurgen Klipp ke tangga kedua liga ­dengan 11 mata di belakang City, tetapi Reds berpeluang merapatkan jurang mata kerana memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Fabinho, Alex Oxlade-Chamberlain dan Takumi Minamino menjaringkan gol untuk me­raih kemenangan bergaya biarpun tanpa dua bintang penyerang Mohamed Salah dan Sadio Mane yang sedang beraksi dalam Piala Negara-Negara Afrika.

“Kami tidak perlu meyakinkan sesiapa di luar kelab. Orang yang bersama kami, mereka mahu menikmati perjalanan pasukan ini.

“Ini bukanlah situasi yang bagus untuk bercakap tentang perebutan kejuaraan, 11 mata dengan satu perlawanan dalam tangan.

“Dalam dunia normal ya, (City akan memenangi liga) tetapi mana ada perkara normal sekarang ini,” kata Klopp.

Reds berada di depan pada minit ke-43 menerusi Fabinho yang menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru Trent ­Alexander-Arnold.

Liverpool melebarkan kedudukan kepada 2-0 apabila Alex Oxlade-Chamberlain me­rebah badan pada minit ke-69 untuk menanduk hantaran ­lintang Andy Robertson.

Ketika permainan berbaki 13 minit, Reds menutup ­permainan de­ngan bergaya apabila menambah gol ketiga berpunca daripada kesilapan penjaga gol lawan, Alvaro Fernandez yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain gantian, Minamino.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya