Liverpool kembali tagih sentuhan Coutinho? - Utusan Malaysia

Liverpool kembali tagih sentuhan Coutinho?

Philippe Coutinho
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool dikhabarkan berminat untuk membawa pulang Philippe Coutinho ke Anfiled.

Bagaimanapun,  bintang tengah Brazil itu turut menjadi perhatian dua lagi kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Aston Villa yang kini dibimbing legenda Reds, Steven Gerrard, selain Everton.

Coutinho sebelum ini pernah meremukkan hati penyokong Liverpool pada 2018 apabila meninggalkan kelab untuk menyertai Barcelona menerusi perpindahan bernilai 142 juta pound (RM810 juta).

Pemain berusia 29 tahun itu mengakui, menyertai Barcelona adalah satu kesilapan dan dia hanya menghasilkan 25 gol dan 14 bantuan jaringan daripada 106 penampilannya di Camp Nou.

Sepanjang beraksi bersama Barca musim ini, Countinho telah membuat 16 kemunculan.

Barcelona tidak tidak teragak-agak untuk melepaskannya kerana dengan gaji yang tinggi  380,000 pound seminggu (RM2.16 juta), dia dianggap beban buat kelab.

Tiga kelab England yang dikatakan berminat dengan Countinho bagaimanapun belum membuat sebarang keputusan mahu pun tawaran, meskipun jurulatih Reds, Jurgen Klopp pernah menggelarnya sebagai pemain ‘berkelas dunia’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya