Liverpool ditimpa malang - Utusan Malaysia

Liverpool ditimpa malang

JURGEN KLOPP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp menyifatkan situasi pasukannya ketika ini ‘tidak bagus’ selepas tiga pemainnya dijangkiti Covid-19 menje­lang pertembungan getir menentang Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Biarpun yakin perlawanan itu akan diteruskan, namun pe­ngendali dari Jerman tersebut berkata, ia bukan sesuatu yang bagus untuk berdepan gergasi liga dalam keadaan begitu.

Klopp enggan mendedahkan nama pemain yang positif kerana masih menanti keputusan ujian tetapi penyerang Roberto Firmino dan penjaga gol, Alisson Becker tidak kelihatan dalam sesi latihan.

Aksi di Stamford Bridge, London sangat penting buat ke­dua-dua pasukan yang terdesak untuk menghambat pendahulu liga, Manchester City.

“Kami mempunyai tiga kes Covid-19 baharu dalam pasukan dan beberapa kakitangan, jadi keadaan tidak bagus ketika ini.

“Saya tidak dapat beritahu ­siapa yang positif kerana kami perlu melakukan keseluruhan proses, mendapatkan PCR (ujian) yang betul tetapi anda akan melihat pada lembaran pasukan nanti siapa yang ‘hilang’,” kata Klopp.

MOHAMED Salah (kanan), Joe Gomez (kiri) dan Konstantinos Tsimikas melakukan persiapan untuk menghadapi Chelsea hari ini di Pusat Latihan AXA, Liverpool semalam.

Januari dianggap bulan malang buat Reds, yang kini meng­huni tangga ketiga liga kerana mereka juga bakal kehilangan tiga tonggak – Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita untuk tempoh yang panjang.

Ketiga-tiga pemain diberi kelonggaran untuk bersama pasukan dalam pertemuan de­ngan Chelsea sebelum melapor diri kepada masing-masing pada Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) yang membuka tirai Ahad depan.

Liverpool menanti kehadiran Shrewsbury dalam Piala FA pada 9 Januari, diikuti bertemu Brentford untuk aksi Liga Perdana pada 15 Januari dan bertandang ke Crystal Palace pada 23 Januari.

Separuh akhir pertama Piala Liga bertemu Arsenal pula akan berlangsung pada Khamis depan di Emirates dan 13 Januari di ­Anfield. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya