Liga Malaysia perlukan lebih banyak pasukan seperti JDT - Utusan Malaysia

Liga Malaysia perlukan lebih banyak pasukan seperti JDT

LIGA Malaysia memerlukan lebih banyak kelab sehebat JDT untuk menarik bintang luar beraksi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Ong Kim Swee membidas dakwaan Liga Malaysia (Liga M) ‘tidak laku’ dalam kalangan bintang Asia Tenggara (ASEAN), namun mengakui, bola sepak tempatan memerlukan lebih banyak pasukan se­perti Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk memikat nama besar.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, ramai yang mengintai peluang untuk bermain di negara ini, dan mengatakan Liga M adalah pilihan terakhir bintang ASEAN untuk beraksi kerana standardnya rendah adalah tidak tepat.

“Saya tak setuju dengan pendapat yang dikatakan, kita lihat di Sabah FC ada pemain kebangsaan Indonesia, Saddil (Ramdani) yang bermain di bawah kendalian saya.

“Saya tak nampak isu pemain luar menjadikan Liga M sebagai pilihan terakhir kerana saya percaya liga kita berada di tahap terbaik sekarang ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

SADDIL RAMDANI

Saddil, pemain kebangsaan Indonesia bukanlah nama asing dalam Liga M kerana sebelum ini dia juga pernah bermain bersama Sri Pahang pada musim 2019.

Mengulas mengenai penambahbaikan yang wajar dilakukan kelab Liga M bagi menarik lebih ramai bintang ASEAN, Kim Swee menegaskan, semua kelab perlu membuktikan kekuatan di peringkat lebih tinggi.

ONG KIM SWEE

“Contoh paling baik kita lihat, Johor Darul Ta’zim sudah buktikan negara kita pernah berada di kedudukan terbaik dalam Asia dengan kejuaraan dalam Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) dan penyertaan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“Bagi saya, semua kelab mesti membuktikan kemampuan untuk bertanding di peringkat antarabangsa bagi membolehkan pasukan mereka dikenali sebagai pasukan yang kuat dalam Liga M,” katanya.

Skuad Harimau Selatan mengungguli Liga Super lapan kali berturut-turut sejak 2014 dan merupakan juara Piala AFC 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya