'Liga Asia Tenggara tidak berjalan dengan baik, Liga Thai terbaik' - Jurulatih Thailand - Utusan Malaysia

‘Liga Asia Tenggara tidak berjalan dengan baik, Liga Thai terbaik’ – Jurulatih Thailand

ALEXANDRE Polking bersebalahan dengan jurulatih Vietnam, Park Hang-seo ketika perlawanan Piala AFF di Singapura. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Alexandre Polking menceritakan mengenai keburukan Liga Vietnam yang dianggapnya sebagai tidak profesional.

CNN Indonesia memetik Thieunien melaporkan, salah satu keburukan liga itu ia kelab Vietnam yang tidak membayar atau melambat-lambatkan pembayaran gaji pemain.

Selepas Piala AFF 2021 (2020) di Singapura, Polking secara terbuka menyokong pemain berpotensi di Asia Tenggara untuk menceburi kerjaya di luar negara.

Salah satu sebab Polking menggalakkan perkara itu ialah liga domestik dalam pertandingan di rantau ASEAN tidak berjalan dengan baik.

Menurut Polking, Liga Thai adalah yang terbaik dalam kalangan liga di Asia Tenggara.

Beliau berkata, liga negara lain seperti Liga Vietnam masih memerlukan perubahan besar.

Salah satu faktor yang perlu ditangani oleh Liga Vietnam ialah masalah menjadi lebih profesional. Dalam pengalamannya menjadi jurulatih di negara itu, beberapa kelab Vietnam tidak membayar gaji skuad mereka selama beberapa bulan.

“Apabila saya datang ke Vietnam, saya mengetahui sejarah beberapa kelab yang berhutang gaji selama tiga, empat, lima bulan.

“Maaf tetapi banyak kelab Vietnam sangat tidak profesional. Sudah menjadi lumrah kejohanan tidak dapat menarik pemain asing yang berkualiti. Kerana tiada siapa yang mahu bekerja tanpa dibayar,” tambahnya.

Jurulatih berdarah Brazil dan Jerman itu turut mencadangkan agar Liga Vietnam segera membuat penambahbaikan besar. Matlamatnya adalah untuk menjadikan liga lebih menarik dan menggalakkan pemain yang baik untuk bermain dalam Liga Vietnam.

“Apabila pemain asing lebih baik daripada pemain domestik, ia akan membantu pemain domestik bertambah baik. Apabila anda bermain dengan pemain yang bagus, anda meningkat cepat, itu adalah realiti dalam bola sepak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya