Libasan STL kembali lagi - Utusan Malaysia

Libasan STL kembali lagi

SELEPAS setahun menyepi, Emas Anuar Liga Sepak Takraw 2021/2022 kembali membuka tirai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran pemain import, kejohanan yang bakal ‘dibawa’ ke lima buah negara dan hadiah kemena­ngan yang ditingkatkan menjadikan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) kembali dengan lebih menarik.

Selepas setahun menghilang angkara Covid-19, STL musim 2021/2022 akhirnya menemui peminat bermula hari ini, dengan menampilkan 10 pasukan Premier dan 10 lagi bersaing dalam Divisyen 1.

Lebih istimewa, peminat juga akhirnya dapat melepas rindu untuk menyaksikan pertarungan sepak takraw elit itu di stadium apabila kemasukan penonton dibuka buat kali pertama sejak 2019.

Dijangkakan 50 peratus penonton dari kapasiti stadium dibenarkan memasuki lima venue – Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, Kompleks Sukan Panji, Kota Bharu, Spice Arena, Bayan Baru, Stadium Indera Mulia, Ipoh dan Iskandar Malaysia Studio, Johor.

Perlawanan Sumbangsih di antara juara Premier 2020, Kuala Lumpur (KL) Thunder menentang juara Divisyen 1, Bomba Fighters akan merasmikan STL 2021/2022 di Stadium Titiwangsa malam ini, serentak dengan pelancaran kejohanan.

Buat kali pertama juga, kejohanan ‘diterbangkan’ ke Thailand, Singapura, Filipina, Indonesia dan Hong Kong apabila disiarkan secara langsung oleh Astro menerusi aplikasi OTT di laman web elevensports.com.

Tidak sekadar pentas mencari juara, STL 2021/2022 turut menjadi platform buat pemain sepak takraw tanah air membuktikan kehebatan dan memikat pengendali skuad kebangsaan untuk diserap ke dua temasya besar tahun ini, Sukan Asia dan Sukan SEA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya