Lambat bertindak, Reds bakal hilang Salah - Utusan Malaysia

Lambat bertindak, Reds bakal hilang Salah

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool diberi amaran mereka berdepan risiko kehilangan Mohamed Salah kerana mengambil masa terlalu lama untuk memulakan rundingan mengenai kontrak penyerang sensasi Mesir itu.

Sejak beberapa bulan lalu, Reds dikhabarkan bersedia memberi memberikan tawaran kontrak baharu yang lebih menarik kepada Salah, namun sehingga kini tiada sebarang perjanjian dimeterai.

Kontrak Salah akan tamat 18 bulan dari sekarang iaitu pada musim panas tahun depan, sama seperti Sadio Mane, Ro­berto Firmino, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain.

Pemain berusia 29 tahun itu telah meledak 23 gol dalam 26 penampilan (semua perlawanan) musim ini.

KYLIAN MBAPPE

Bekas bintang penyerang Arsenal dan Everton, Kevin Campbell mendedahkan, gergasi bola sepak Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) cuba untuk ‘masuk jarum’ dalam situasi kontrak Salah bersama Liverpool.

“Salah berada dalam senarai teratas (untuk dibeli), jadi kemungkinan (disambar PSG) tidak boleh dinafikan.

“Rundingan di Li­verpool terlalu lama. Mereka memberi peluang kepada pasukan lain untuk cuba mengambilnya. Mereka sendiri yang membuka pintu.

“PSG pasti berminat de­ngan pemain yang mampu membuat jaringan seperti Salah, 100 peratus. Siapa yang tidak mahu?

“PSG perlu mengganti tempat (Kylian) Mbappe jika pemain itu keluar. Tidak ramai pemain dalam dunia ini yang mampu mencapai tahap sama se­perti itu tetapi Salah seorang daripada­nya,” kata Campbell kepada Football Insider. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya