KUALA LUMPUR: Putrajaya Cyborg terus menjadi ‘giant killer’ dalam Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 apabila satu lagi gergasi ditumbangkan hari ini.
Turun sebagai pendatang baharu Liga Premier, Cyborg bagaimanapun tampil dengan aksi mantap ketika menumpaskan juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Thunder 2-1.
Sudahpun mengejutkan Penang Black Panthers dan Kelantan Warriors dalam aksi terdahulu, Putrajaya tampak tidak menoleh ke belakang apabila meneruskan prestasi hebat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Aksi goyah ditampilkan KL seawal set pertama apabila tewas 16-21.
Juara berganda musim lalu itu bangkit memberikan tentangan dengan mengikat kedudukan menjadi 1-1 untuk menang 21-13 dalam set kedua.
Permainan yang disambung dalam set ketiga akhirnya menjadi milik Putrajaya Cyborg apabila mereka menang 21-16. – UTUSAN ONLINE