Kerana Anuwat, jurulatih Perak Bison belajar cakap Siam - Utusan Malaysia

Kerana Anuwat, jurulatih Perak Bison belajar cakap Siam

AKSI Anuwat Sombatdee ketika melakukan servis dalam STL 2021/2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 turut diserikan de­ngan kehadiran beberapa pemain import dari Thailand, dan itu memerlukan pasukan lebih kreatif berkomunikasi dengan mereka.

Dalam STL yang membuka ­tirai pada minggu lalu, empat pemain import dibawa oleh Pe­rak Bison, Johor Tigris, ­Penang Black Panthers dan Bomba Fighters.

Setakat ini, hanya Perak ­Bison yang sempat menggunakan ­khidmat import mereka, Anuwat sombatdee manakala tiga pemain lain Aekasit Naphom (Black Panthers), Kupithat Khatmimalan (Bomba) dan Swatbanchan Seekhwa (Tigris) masih menunggu ‘lampu hijau’ daripada imigresen.

Sepanjang pemerhatian Utusan Malaysia di Stadium Titiwangsa, Anuwat yang merupakan pemain kelab Akademi Tentera Laut Thailand kelihatan tidak bermasalah berkomunikasi bersama rakan sepasukan dan ketua jurulatih, Suhairi Abd. Aziz.

Di atas dasar ingin tahu, apakah bahasa yang digunakan di dalam perbualan mereka telah membawa Utusan Malaysia melontarkan soalan tersebut kepada Suhairi.

Sambil tersenyum, Suhairi berkata, dia bersama anak-anak buahnya menggunakan dua bahasa untuk bertutur dengan Anuwat.

“Saya sejak awal-awal lagi telah meminta Anuwat membuat persiapan sebelum ke Malaysia. Saya memintanya untuk belajar bahasa Inggeris.

“Untuk bersikap lebih adil kepadanya, saya juga mengambil inisiatif belajar bahasa Thailand.

“Walau tak banyak, sikit pun jadilah, janji Anuwat faham,” katanya.

Menurut Suhairi, sehingga kini, Perak Bison sememangnya tiada masalah untuk berkomunikasi dengan pemain berusia 19 tahun itu.

Keserasian yang berjaya dijelmakan antara Anuwat dan Amirul Ramadhan turut membantu pemain import itu selesa bersama skuad seladang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya