Kelantan Warriors macam dapat vaksin - Utusan Malaysia

Kelantan Warriors macam dapat vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Memenangi dua aksi pembukaan Emas ­Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 meletakkan Kelantan Warriors sebagai pencabar utama untuk merangkul kejua­raan musim ini, terutama dengan tekong handalan, Zulkifli Abdul Razak tampak amat ‘menjadi’ dalam kedua-dua perlawanan.

Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Sobey pemain paling mencuri tumpuan pada minggu pertama STL yang berlangsung dari Jumaat hingga kelmarin.

Malah, kehadiran penyokong setia Kelantan Warriors juga menyaksikan Stadium Titiwang­sa ibarat berada di ‘Kota Bharu’ dengan dendangan lagu rakyat mengiringi pasukan setiap kali beraksi.

“Alhamdulillah kami berjaya mencatat dua kemenangan kerana permulaan baik sangat pen­ting untuk meningkatkan semangat dan keyakinan pemain bagi perlawanan akan datang.

“Sebelum STL, rata-rata pemain seperti Sobey sudah dua tahun tidak bermain dan hanya Aidil (Aiman) sahaja berlatih, jadi kemenangan ini bagaikan suntikan ‘vaksin’ kepada pemain.

“Saya melihat Sobey masih 70 peratus mencari rentak permainan dan sedang menyesuaikan diri dengan liga besar seperti STL. Bagi saya, Sobey akan lebih berbisa pada minggu depan,” kata jurulatih Kelantan Warriors, Azhar Sarabini kepada Utusan Malaysia.

Kelantan memulakan kempen STL musim baharu dengan me­numpaskan Perak Bison 9-21, 21-14, 21-17, sebelum mengejutkan pasukan yang dianggap pilihan musim ini, Johor Tigris 21-16, 21-11.

Kata Azhar, kemenangan ini tidak meletakkan Kelantan dalam keadaan selesa, apatah lagi Johor dilihat tidak mempamer prestasi sebenar, ditambah lagi belum dapat menurun­kan pemain import.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya