‘Kelab lebih besar daripada Ronaldo’ - Utusan Malaysia

‘Kelab lebih besar daripada Ronaldo’

Rangnick
RALF Rangnick (kiri) bukan calon pengurus tetap United.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick memberitahu Cristiano Ronaldo tiada pemain lebih besar daripada kelab dan menganggap bintang Portugal itu melampaui batas kerana memprotes selepas dikeluarkan pada aksi menentang Brentford.

Ronaldo berang apabila digantikan pada pertengahan babak kedua ketika Red Devils menumpaskan Brentford 3-1, Khamis lalu dengan memba­ling baju ke tanah sebelum ditenangkan oleh Rangnick di ruang rehat.

Bagaimanapun Rangnick mem­pertahankan keputusan mengeluarkan penyerang tersebut dan menganggap ia tindakan wajar, terutama selepas pemain gantian, Marcus Rashford menjaringkan gol ketiga.

“Pasukan ini lebih pen­ting daripada siapa pun – Cristiano, Edinson Cavani, Bruno Fernandes atau mana-mana pemain. Ia mengenai apa yang menjadi kepentingan pasukan.

“Saya tidak nampak atau mentafsir dia (Ronaldo) cuba melawan. Cristiano cuma terlalu beremosi dan tidak gembira bila diganti.

“Saya tidak menyalahkannya tetapi seperti mana-mana pengurus lain, kami berharap pemain tidak menunjukkan situasi melampau di depan kamera televisyen kerana ia akan me­nimbulkan pelbagai tafsiran.

“Saya tidak mahu mengambil perkara itu secara peribadi. Saya pernah menguruskan ramai pemain lain, mungkin tidak sebesar nama Cristiano tetapi saya tahu reaksi mereka,” katanya.

Kata Rangnick, kemarahan Ronaldo tidak memberi manfaat kepada sesiapa pun dan dia tidak mahu memperbesarkan isu tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya