Kedah mula ‘panas’ menjelang Liga M 2022 - Utusan Malaysia

Kedah mula ‘panas’ menjelang Liga M 2022

PEMAIN Kedah memulakan latihan di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok menjelang bermulanya Liga Malaysia 2022. – IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Aidil Sharin Sahak memulakan tugas turun padang latihan bagi persiapan menghadapi aksi saingan Liga Malaysia 2022 di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok dekat sini semalam.

Aidil menyifatkan pertemuan pertama dengan barisan pemain termasuk muka-muka baharu pada sesi latihan pertama itu sebagai sesuatu yang positif.

Menurut beliau, kalangan pemain baharu termasuk dua watak import iaitu Dechi Marcel dan Jang Suk Won menampilkan kesungguhan dalam sesi latihan tersebut.

“Selepas sesi pertama saya bersama pemain semalam, saya boleh katakan kesemua mereka tampil dengan positif. Mereka tunjukkan sikap yang sepatutnya sebagai pemain profesional.

“Secara keseluruhannya saya sangat gembira dengan apa yang ditampilkan pemain baharu dan lama kerana keharmonian jelas sudah wujud antara mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Jurulatih kelahiran Singapura itu menambah, suasana positif yang wujud dalam pasukan ketika ini diyakini mampu membantu pasukan untuk berkembang dengan lebih baik pada masa akan datang.

“Ketika ini pasukan kami hampir lengkap. Hanya tinggal tiga kuota pemain import yang perlu diisi dan selepas itu kami sudah boleh menjalani latihan penuh sebagai satu pasukan lengkap.

“Saya teruja untuk terus bersama para pemain menghadapi musim ini. Semoga kami dapat menghadapi musim ini dengan lebih baik dan segala yang dirancang berjalan lancar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya