Jurulatih dari Jepun, Korea Selatan calon ganti Cheng Hoe? - Utusan Malaysia

Jurulatih dari Jepun, Korea Selatan calon ganti Cheng Hoe?

“Saya lahir bukan dalam keluarga kaya dan memang tak mampu nak beli kasut bola. Jadi pinjam dengan kawan itu sebab menjadi dorongan utama untuk saya menjadi seorang pemain profesional yang berjaya,” kata Cheng Hoe ketika mengimbau zaman dia memakai kasut bola toyu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika beberapa nama menjadi ‘buah mulut’ peminat bola sepak negara untuk mengisi kekosongan ketua jurulatih Harimau Malaya namun difahamkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengintai beberapa calon.

Antara calon pengendali skuad kebangsaan terdiri daripada jurulatih dari Jepun, Korea Selatan, Sepanyol dan England untuk menduduki ‘kerusi panas’ yang ditinggalkan Tan Cheng Hoe selepas kegagalan di Piala AFF 2020 di Singapura bulan lalu.

“Banyak nama diperkatakan untuk ganti tempat jurulatih Cheng Ho tetapi sudah ada beberapa nama iaitu jurulatih daripada luar negara yang dikenalpasti untuk menjawat jawatan tersebut.

“Untuk masa sekarang ada empat negara yang sedang dibincangkan iaitu Jepun, Korea Selatan, England dan Sepanyol. Walaupun empat negara tetapi kecenderungan lebih kepada jurulatih Asia,” kata sumber terdekat FAM kepada Utusan Malaysia, semalam.

Lebih menguatkan kenyataan itu selepas Pengarah Teknikal Baharu FAM, Scott O’Donell ketika sesi perkenalan, kelmarin turut mencadangkan pengurusan badan induk bola sepak negara untuk melantik jurulatih asing bagi mengemudi skuad kebangsan selepas Cheng Hoe melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih kebangsaan, Isnin lalu.

O’Donell, yang telah bekerja dan bermain di Asia sejak 1994, percaya jurulatih asing boleh mengubah landskap bola sepak Malaysia seperti yang ditunjukkan Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura pada Piala AFF 2020 bulan lalu.

BOJAN HODAK

Sementara itu, Bojan Hodak mengakui belum menerima sebarang tawaran dan menyifatkan ia hanya spekulasi namun bersedia untuk menggalas tanggungjawab berkenaan sekiranya diberikan peluang.

“Kenapa tidak (jika diberikan tawaran FAM). Ia merupakan jawatan No.1 di Malaysia.

“Saya percaya saya adalah calon lebih baik berbanding daripada keempat-empat calon ini. Kebanyakan mereka tidak pernah bekerja di Malaysia atau rantau Asia Tenggara, mereka tidak tahu apa-apa tentang bola sepak, pemain dan budaya di sini.

“Biasa di mana-mana negara di Eropah atau Amerika Selatan, mereka memilih jurulatih tempatan atau warga asing yang memiliki beberapa tahun pengalaman bekerja di rantau itu.

“Jadi, jika negara bola sepak terkemuka di seluruh dunia bekerja (melakukan pemilihan) seperti itu. Ia sepatutnya dilakukan di sini juga,” jelas Bojan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya