Jual sahaja Ronaldo – Agbonlahor - Utusan Malaysia

Jual sahaja Ronaldo – Agbonlahor

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United dinasihatkan agar menjual Cristiano Ronaldo bagi memberi peluang kepada bakat-bakat muda berkembang.

Bintang Portugal berusia 36 tahun itu cemerlang meledak 14 gol dan dua bantuan jaringan dalam 21 perlawanan yang di­sertai sejak kembali ke Old Trafford, Ogos lalu.

Bagaimanapun, pemilik lima anugerah Ballon itu juga dikatakan menjadi penghalang buat pemain muda mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Bercakap kepada Football ­Insider, bekas penyerang England dan Aston Villa, Gabriel Agbonlahor berkata, kekalahan 0-1 kepada Wolverhampton dalam perlawanan Liga Perdana Ing­geris, Isnin lalu menyerlahkan lagi kepincangan Red Devils.

“Ronaldo dan (Edinson) ­Cavani, dua penyerang utama yang tidak berfungsi dalam setiap permainan kerana United memerlukan salah seorang daripada mereka untuk ke bahagian tengah mendapatkan bola.

“Anda boleh nampak perbezaan permainan (Bruno) Fernandes sejak kehadiran Ro­naldo. Sebelum Ronaldo tiba, dia pemain utama tetapi sekarang Ronaldo menjadi keutamaan pasukan.

“Ronaldo adalah kapten ketika menentang Wolves. Sebelum Ronaldo datang, Fernandes akan menggalas tugas ketua pasukan jika Harry Maguire diketepikan, dan kini dia berada di bangku simpanan.

“Akan ada ketegangan di sana. Jika anda melihat keseluruhan situasi, Ole Gunnar Solskjaer sedar dia sudah melakukan kesilapan dengan membawa masuk Ronaldo,” kata Agbonlahor. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya