Johor Tigris terdesak guna khidmat import - Utusan Malaysia

Johor Tigris terdesak guna khidmat import

JOHOR Tigris yang mendapat sokongan padu penyokong tuan rumah akan menjadi lawan pertama ATM dalam Piala Juara-Juara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mempamer aksi hambar pada minggu pertama Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022, Johor Tigris amat terdesak untuk mendapatkan khidmat tekong import dari Thailand, Swatbanchan Seekhwa untuk menguatkan cabaran.

Anak-anak buah Ahmad Jais Baharun diletak sebagai antara pilihan untuk mencabar kejuaraan Premier musim ini, malangnya mereka tumpas 1-2 kepada Selangor Pistons sebelum dikalahkan Kelantan Warriors 2-0.

Ahmad Jais ketika ditemui Utusan Malaysia mengakui, juara Piala Juara-Juara 2019 itu perlu segera bangkit apabila saingan kembali hujung minggu ini.

“Kita sedar kekuatan Johor Tigris dalam dua perlawanan pada minggu pertama ini agak mengecewakan, kita masih belum dapat kekuatan yang cukup ampuh bagi menandingi pasukan-pasukan lain.

“Kita perlu bekerja keras lagi selepas ini untuk memperbaiki prestasi setiap pemain. Kita perlu bangkit pada minggu kedua yang akan berlangsung minggu depan,” katanya.

APIT kanan Johor Tigris, Noraizat Nordin (tengah), membuat hadangan ketika menentang Kelantan Warriors di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. – UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON

Menurutnya, kelemahan paling ketara dapat dilihat dalam kedua-dua perlawanan menentang Selangor Pistons dan Kelantan Warriors ialah daripada segi serangan tekong dan juga lambungan bola kepada tekong.

“Begitu juga dengan rejaman apit kanan, dari segi kawalan bola masih lagi memerlukan penambahbaikkan dan ini merupakan faktor-faktor yang menyebabkan motivasi Johor Tigris dalam dua perlawanan pertama ini agak kendur.

“Kelemahan ini yang kita perlu perbaiki apabila perlawanan memasuki minggu kedua nanti,” tegasnya.

Dalam aksi hujung minggu lalu, Johor Tigris kecundang kepada Selangor Pistons 21-19, 17-21, 5-21, sebelum kalah ditangan Kelantan Warriors 16-21, 11-21.

KEDUDUKAN MINGGU PERTAMA LIGA PREMIER STL 2021/2022

Mengulas mengenai kelebihan yang dimiliki Swatbanchan bagi mengubah skuad bimbingannya, Ahmad Jais memberitahu, dalam sepak takraw moden, kekuatan posisi tekong merupakan salah satu faktor uama yang menghadirkan kekuatan atau kemenangan kepada sesebuah regu.

Jelasnya, pemain import berusia 23 tahun itu dilihat mampu meningkatkan lagi kekuatan fizikal dan moral pasukan seperti momentum permainan yang diyakini dapat diterjemahkan kepada perlawanan seterusnya.

Swatbanchan yang dijangka hanya dapat menyertai pasukan pada minggu ketiga kejohanan, diharap mampu meningkatkan lagi motivasi Johor Tigris dan prestasi semasa pemain itu sentiasa dalam pemantauan Harimau Selatan.

Ujian getir menanti Johor Tigris apabila bakal berdepan pendahalu carta liga STL, ATM Guardians pada Sabtu minggu depan, selain melayan aksi Putrajaya Cyborg (Jumaat) dan Perak Bison (Ahad).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya