Johor Tigris tamat kemarau kemenangan - Utusan Malaysia

Johor Tigris tamat kemarau kemenangan

AKSI di antara Johor Tigris menentang Perak Bison dalam Emas Anuar Liga Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada musim lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas mengharungi empat perlawanan tanpa kemenangan, akhirnya Johor Tigris berjaya meraih kemenangan sulung musim ini ke atas Perak Bison dalam kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 sebentar tadi.

Pasukan selatan tanah air itu yang dilihat bergelut untuk mendapatkan rentak sebelum ini, menang mudah di set pertama 21-11 selain menunjukkan peningkatan prestasi.

Bagaimanapun, Perak Bison bangkit di set kedua apabila menang 21-16 sekali gus mengheret Johor Tigris ke set penentuan selepas Perak memantapkan serangan dengan membawa masuk Meor Zulfikar bagi menggantikan Anuwat Sombatdee.

Tersentak dengan kebangkitan itu, Johor Tigris kembali memperkemaskan permainan di set penentuan untuk meninggalkan pencabar mereka itu 18-9 sebelum menang 21-10.

Pemain Johor Tigris kelihatan lega sejurus tamat perlawanan apabila menamatkan kemarau kemenangan musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya