Jodoh Zainal, Melaka United berakhir - Utusan Malaysia

Jodoh Zainal, Melaka United berakhir

ZAINAL ABIDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka United (MU) akan mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim ini tanpa Zainal Abidin Hassan selepas khidmatnya sebagai ketua jurulatih tidak lagi diperlukan.

Selepas tiga musim membimbing Melaka, bekas tonggak kebangsaan itu akan diganti dengan jurulatih baharu biarpun berjaya membawa skuad Sang Kancil melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia.

“Memang benar MU akan mendapat jurulatih baharu menggantikan Zainal. Siapa jurulatih itu akan saya umumkan tidak lama lagi termasuk barisan pemain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KenTeam Sdn. Bhd. (KenTeam), Datuk Seri Justin Lim selepas Kongres Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) ke-66 di Ayer Keroh di sini semalam.

ZAINAL ABIDIN HASSAN

Mengulas persiapan pasukan, Justin berkata, barisan baharu Melaka akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan.

“Senarai pemain kini di peringkat akhir untuk kita memuktamadkan. Tunggulah barisan baharu kali ini jauh lebih baik dan menyasarkan tiga kedudukan teratas Liga Super,” ujarnya.

Pencapaian terbaik MU musim lalu mara ke separuh akhir Piala Malaysia sebelum disekat Kuala Lumpur (KL) City yang kemudian dinobatkan selaku juara.

Mengenai hasrat KenTeam untuk memiliki sepenuhnya saham dengan pegangan 100 peratus ke atas pasukan, Justin berkata, perkara tersebut masih di peringkat perbincangan dengan Presiden MUSA, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

“Saya telah mengemukakan pelan perancangan KenTeam ke atas MU yang akan dibawa kepada MUSA untuk diteliti. Perkara ini masih di peringkat perbincangan dan keputusan tersebut akan diketahui tidak lama lagi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya