Import kembali 'melibas' di STL 2021/2022 - Utusan Malaysia

Import kembali ‘melibas’ di STL 2021/2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan-pasukan yang menggunakan khidmat pemain import dalam Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 menarik nafas lega apabila diberi lampu hijau oleh  Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) untuk menggunakan tenaga luar.

Presiden Astaf, Datuk Abdul Halim Kader berkata, Persatuan Takraw Thailand (TAT) sudah menerima rayuan empat pemain sepak takraw Thailand beraksi di STL.

“Rayuan ini diluluskan oleh TAT hari ini di mana Timbalannya Presiden Boonchai Lohrpipat sudah memaklumkan secara rasmi kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Bagaimanapun, TAT sudah menyenaraikan beberapa syarat bagi membolehkan keempat-empat pemain itu iaitu Anuwat Sombatdee (Perak Bison), Swatbanchan Seekhwa (Johor Tigris), Aekasit Naphom (Penang Black Panthers) dan Kupithat Khatmimalan (Bomba Fighters) boleh beraksi di kejohanan yang berlangsung dari 7 Januari hingga 26 Mac.

Antara syarat berkenaan ialah negara tuan rumah harus memohon Pas Pekerja Imigresen Malaysia bagi membolehkan pemain berkenaan bermain dan tinggal di Malaysia.

Selain itu persatuan dan kelab sepak takraw negeri yang memutuskan untuk menggunakan khidmat keempat-empat pemain dari negara berkenaan harus menyediakan insurans individu untuk kemalangan dan kemasukan ke hospital termasuk setiap insurans perjalanan.

Kontrak juga hendaklah ditandatangani antara persatuan dan kelab sepak takraw negeri dan pemain import berkenaan sambil disaksikan oleh wakil masing-masing.

Jika pemain berkenaan berusia bawah 18 tahun ketika kontrak ditandatangani pemain berkenaan harus mendapat kelulusan daripada ibu bapa atau penjaga, manakala syarat terakhir ialah gaji yang ditawarkan kepada pemain mestilah berpatutan seperti dipersetujui antara pemain, persatuan dan kelab sepak takraw negeri.

“Sebagai Presiden Astaf dengan ini saya memberikan kelulusan kepada keempat-empat pemain berkenaan beraksi di STL,” kata Abdul Halim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya