Hamidin masih relevan terajui FAM - Utusan Malaysia

Hamidin masih relevan terajui FAM

HAMIDIN MOHD. AMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa membuatkan Datuk Hamidin Mohd. Amin dilihat mempunyai kredibiliti untuk terus menerajui kerusi No.1 Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

Pengarah Eksekutif Kelantan United, Anas Karimi Ahmad Thani berkata, keupayaan Hamidin yang turut menjadi ‘tulang belakang kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam menggerakkan Liga Malaysia pada ketika negara dilanda pandemik covid-19 menyerlahkan lagi keupayaan tokoh berkenaan.

Menurutnya, berpandukan kepada reputasi itu tiada keperluan buat mana-mana pihak ketika ini untuk mendesak Hamidin berundur dari kerusi yang sedang diterajui.

“Adakah dengan satu kegagalan (pasukan bola sepak kebangsaan dalam saingan Piala AFF tahun lalu) maka kita perlu mendesak beliau meletak jawatan.

“Bagi saya, tidak perlu desakan itu kerana kita tidak boleh menafikan kejayaan beliau dalam mencari tajaan untuk MFL dan Liga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anas Karimi memberitahu, Kelantan United memberikan sokongan penuh kepada Hamidin untuk terus kekal melaksanakan tugas-tugasnya sebagai Presiden FAM.

Katanya, Kelantan United percaya masih banyak misi dan visi yang belum dilunaskan oleh Hamidin dalam memacu bola sepak negara ke arah lebih baik pada masa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya