Giliran Kelantan Warriors tumbangkan Johor Tigris - Utusan Malaysia

Giliran Kelantan Warriors tumbangkan Johor Tigris

KELANTAN Warriors perlu menang baki perlawanan untuk mengelak penyingkiran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Turun sebagai pencabar utama musim ini, Johor Tigris bagaimanapun menerima kekalahan kedua berturut-turut apabila 0-2 kepada Kelantan Warriors dalam saingan Premier, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa dekat sini sebentar tadi.

Selepas dikejutkan oleh ‘ubi muda’ Selangor Pistons dalam aksi pembukaan semalam, Johor Tigris yang turun dengan reputasi juara Piala Juara-Juara 2019 kecundang 16-21, 11-21.

Kesilapan yang sering dilakukan tekong Tigris, Fakhrul Akmal ketika mengambil servis di set pertama membolehkan Warriors mengutip mata demi mata.

SOBEY melakukan servis ketika membantu Kelantan Warriors menentang Johor Tigris dalam aksi Premier, Liga Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini.

Sedar dengan kelemahan pasukannya, jurulatih mereka, Ahmad Jais Baharun membawa masuk dua pemain, Aiman Yusman (tekong) dan Haziq Norali (apit kanan) untuk menguatkan serangan.

Usaha itu bagaimanapun tidak membuahkan hasil apabila Johor Tigris semakin ketinggalan 8-18, sebelum tumpas mudah 11-21 di set kedua.

APIT kanan Kelantan Warriors, Wan Naim Izani Wan Noor (kanan) membuat libasan ketika menentang Johor Tigris. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Ini kemenangan kedua berturut-turut dilakar Kelantan Warriors, yang diketuai tekong handalan, Zulkifli Abdul Razak atau Sobey.

Skuad pantai timur itu sebelum ini menumpaskan Perak Bison 9-21, 21-14, 21-17 dalam perlawanan pertama semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya