Gaji terlalu rendah, Fernandes tolak tawaran kontrak baru MU - Utusan Malaysia

Gaji terlalu rendah, Fernandes tolak tawaran kontrak baru MU

BRUNO FERNANDES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bruno Fernandes menolak tawaran penyambungan kontrak bersama Manchester United selepas bintang Portugal itu dikatakan mahu diberikan gaji setanding dengan beberapa bintang Red Devils yang lain.

Fernandes, 27, yang meledak kedua-dua jaringan United ketika seri 2-2 dengan Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu telah menunjukkan prestasi cemerlang sejak tiba di Old Trafford dari Sporting Lisbon pada 2020.

Biarpun telah meledak tujuh gol musim ini dan 47 keseluruhan bersama United, namun gaji bintang tengah Portugal itu jauh lebih rendah berbanding kebanyakan rakan-rakan sepasukannya.

Dia hanya menikmati 100,000 pound (RM571,000) seminggu, empat kali ganda ditinggalkan rakan senegaranya, Cristiano Ronaldo yang dikatakan bernilai 480,000 pound (RM2.75 juta) seminggu.

Menurut portal sukan The Athletic, gaji Raphael Varane dan Jadon Sancho yang baru tiba di kelab itu musim panas lalu juga dua kali ganda mengatasi Fernandes, manakala trio England – Marcus Rashford, Harry Maguire serta Luke Shaw turut menikmati gaji lebih tinggi.

Fernandes hanya terlepas dua perlawanan Liga Perdana sejak membuat penampilan sulung di United, malah dia telah melakukan 22 umpanan dan 33 jaringan dalam liga berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya